rss search

Cerita Saku

line

Nama aku shahrul, tapi orang panggil aku saku. Berumur 25 tahun dan menetap dan membesar di Shah alam. Aku ni jenis yang suka melawak dan tak serius orangnya. Tak pernah ambil berat pasal masa depan sebab aku rasa semua orang sama je, masuk sekolah, sambung belajar di Universiti, dapat kerja, kahwin, ada anak, hidup bahagia macam orang biasa (Jangan bermimpi!). Inilah yang aku fikir mase aku bersekolah di SEKOLAH MENENGAH SEKSYEN 11 SHAH ALAM. Walaupun agak malas, tapi aku rasa aku ni cepat tangkap jadi selalu la aku belajar last minit sampai SPM pun macam tu jugak. Dapat la result SPM aku 5A 4B.

 

Masa tu aku rasa dah cukup best dah! Fizik, Bio, Math, Add Math A1 ! Dah rasa boleh jadi Engineer atau Doktor, hidup senang gaji tinggi! Akhirnya aku amik Jurusan Mechanical Engineering di UiTM Shah Alam (2004). Mase tu rasa macam orang pandai dan yang mempunyai masa depan. HEHE Balik kampong masa Raya pun senyum je bangga bila saudara-mara tanya SPM berapa, belajar apa..”ENGINEERING!” jawab aku dengan penuh rasa bangga didada. HAHA    
 
 
 

DIBUANG UITM

Ingatkan panas sampai ke petang, hujan pulak tengahari buta.. Orang suruh belajar aku bercinta, bile frust mase semester ke-3, aku betul-betul hilang arah, chewah~ Cinta itu buta la katakan. Frust menonggeng, masa kecewa ditinggalkan kekasih ni aku tak pergi kelas langsung dalam 1 semester! Mak aku (Umi) tak tahu pun aku tak pergi kelas, aku mula hisap rokok mase tu, hari-hari aku duduk kat Busstop seksyen 2 yang berdekatan dengan UiTM tu, selama 6 bulan! Pergi busstop pagi, malam baru balik rumah. Masa tu aku mengharap dapat jumpa la bekas kekasih aku ni, tapi hampeh, tak jumpa pun. Dia Nampak aku je dia lari. Menangis-nangis aku kat busstop tu hari-hari, dah macam drama Korea pulak dah.

Mula pada tahun itu, aku tak balik kampong bila Hari Raya.. malu nak berdepan dengan saudara mara.. Semua belajar ok je, aku pulak kena tendang.. Dulu bukan main lagi aku bangga dengan Engineering aku..

Mase tu aku memang hilang arah, memang dengan selambanya aku gadaikan masa depan aku. Kesian Umi hari-hari bagi aku duit belanja tapi aku tak pergi kelas pun, habis beli rokok je. Tak lama lepas tu aku dapat surat berhenti dari UiTM, hancur harapan mak aku. Apa punya anak lah aku ni..

| Dulu bukan main lagi nak belajar pandai-pandai, banggakan mak sendiri, nak carik kerja hebat-hebat! Nak bagi mak hidup selesa, senang dan bahagia. Semua jadi omong kosong.. memalukan, menyusahkan mak ada lah!



PENGORBANAN SEORANG IBU

Mak aku ialah mak yang terhebat dan terbaik diDUNIA! Aku tak pernah tengok mak aku berhenti bekerja untuk bagi kami 4 beradik cukup makan, cukup pakaian dan cukup segala-galanya. Tak kira penat janji kami beradik hidup selesa. Mak aku kerja sebagai seorang Operator telefon di PKNS Shah Alam (Kompleks Shah Alam). Pergi kerja naik Van PKNS dan macam biasa kerja dari jam 8 Pagi sampai lah ke 5 Petang. Lepas tu Umi akan bersiap pulak untuk kerja Part time di Macro Hypermarket sebagai Cashier, dari jam 6.30 Petang sampai 10.30 Malam. Selama itu la Umi tak dibenarkan duduk dan hanay berdiri sampai la balik.

Kalau nak tengok muka Umi hanya pada waktu pagi kejut pergi sekolah je. Umi kerja di PKNS sehingga Pencen dan sampai la Macro tutup, lepas pencen Umi kerja pulak di Tesco, juga sebagai Cashier. Duit memang tak pernah cukup, Umi terpaksa pulak berniaga di Busstop seksyen 11 menjual kuih dan nasik lemak.

| Dari petang sampai la ke tengah malam Umi sibuk memasak buat kuih dan nasik lemak, jam 6 pagi kami bawa kuih dan nasik lemak ke busstop. Jam 12 Tengahari baru balik rumah, terus tidur kepenatan. Aku dapat rasakan kepenatan mak aku yang tak pernah berhenti carik sesuap nasi untuk keluarga kami, kadang-kadang Umi buat kuih tengah malam sampai tertidur atas kerusi, tidur di lantai sebab takut kuih hangus. Mengalir jugak air mata aku bila tengok umi macam ni dari muda sampai lah dah tua ni bersusah payah macam ni, apa lah gunanya aku ni sebagai seorang anak?!

Hidup mak aku ni memang semata-mata untuk anak-anak dia ke? Kenapa sampai macam ni sekali mak aku bekerja? Mak orang lain aku tengok senang je hidup, shopping sana, shopping sini, Jalan-jalan keluar Negara, menikmati hidup dan impian mereka. Mak aku? Nak shopping? Jangan harap.Sunway Piramid pun tak pernah pergi, Mid Valley, One Utama, KLCC, sume tak pernah pergi, inikan pula melancong, bercuti..  Yang Umi pergi TESCO, GIANT, TESCO, GIANT! Itu pun beli barang-barang nak buat kuih.

UMI!! PENGORBANAN MU TERSANGAT BESAR !! KAU MEMBESARKAN KAMI DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, KASIH SAYANG DAN SEGALANYA CUKUP WALAUPUN DIRI MU SENDIRI PENUH KEKURANGAN.



MASUK & BERHENTI BELAJAR

Selepas bertahun aku buang masa menyusahkan Umi tak buat apa-apa, aku dapat tawaran belajar di UiTM Perak, Jurusan KOMPUTER SAINS. Aku terima dan aku rasakan inilah sinar harapan untuk aku menjadi orang yang berguna dan membanggakan mak aku. Aku pun belajar lah, sehingga semester ke 3.Malang betul aku dengan semester ke 3 ni..hish ~

Masalah duit pulak yang datang tak diundang, tak boleh apply Pinjaman PTPTN sebab pinjaman dulu masih tak bayar. Sebelum habis belajar pun dah berhutang, kawan-kawan lain dah kerja, ada duit sendiri, ada kereta. Aku terkedek-kedek nak mula balik belajar. Aku pulak banyak pakai duit, bila pikir mak aku seorang je kat rumah tu sedih pulak aku, rindu pulak, kesian pulak.

Aku amik keputusan untuk berhenti belajar, masa tu aku fikir baik aku carik kerja je tolong ringankan beban mak aku. Kesian mak aku, umur dah lebih 60 tahun tapi masih lagi bekerja.

| Apa lah nak jadi dengan aku ni !! Dah besar pun masih menyusahkan mak aku lagi ! Bila la aku boleh senang kan Umi? Tak boleh jadi ni, aku mesti carik kerja sekarang! Kalau aku habis belajar pun belum tentu aku dapat kerja, dapat kerja pun belum tentu gaji aku cukup, lagi-lagi aku tak rasa pun aku suka kerja dalam bidang computer sains ni, aku belajar pun sebab ini je yang aku di tawarkan. Tak boleh jadi !! Aku mesti bantu keluarga aku, kalau bukan sekarang bila lagi?! 



BISNES & CARI KERJA

Hangat-hangat taik ayam.. bila dah mengecewakan Umi untuk kali ke-2 dengan berhenti belajar sekali lagi, tak ada pulak aku cari kerja, lagi menyusahkan ada lah!

| Takkanlah aku nak kerja dekat 7Eleven?! Malu lah kalau kawan-kawan Nampak. Kerja KFC? McDonald? Sampai bila? Gaji pun sikit je! Aku ni jenis yang memilih, aku tak rasa dengan kerja siang sampai malam dapat gaji ciput macam tu berbaloi, sampai bila nak kerja situ? Sampai tua? Boleh ke aku hidup selesa dengan kerja tu dan bantu keluarga aku?

Aku sombong masa tu, kelulusan tak ada tapi nak memilih ! HAHA

Jadi aku buat keputusan untuk berniaga. Aku nak buka 1 Cyber Café, lama jugak aku kaji, berbulan-bulan. Memang seronok dan teruja masa tu nak jadi tokey cybercafé. Tapi besarnya modal !! Susahnya nak dapatkan pinjaman !! Akhirnya, bila difikirkan KOS TINGGI, RISIKO TINGGI, BALIK MODAL LEBIH KURANG SETAHUN.. Aku pun batalkan niat aku tu. Sekali lagi aku jadi orang yang tak berguna habiskan duit mak aku untuk teruskan hidup tak bekerja.

 Aku ni memang memilih, aku tak suka kerja pejabat. Aku rasa kerja pejabat tak cukup untuk aku ubah hidup aku. Lebih ramai orang kerja Kerajaan yang hidup berhutang, sebab memang mudah mereka nak buat hutang. Aku taknak kerja sesuatu yang aku tak suka buat, aku taknak habiskan seumur hidup aku hanya bekerja semata mahukan sedikit duit di hujung bulan, kerja sampai pencen, lakukan sesuatu yang aku tak pun. AKU TAK MAHU !



KENA TIPU

Nak dijadikan cerita, selepas beberapa lama duduk bersahaja di rumah, ada kawan yang baru je aku kenal (tak sampai setahun) mempelawa untuk belanja aku makan. Aku yang memang tak berduit dan sentiasa dalam keadaan alpar ni pun apa lagi,  – ON !!

Dia bagi aku alamat kedai, punyalah susah aku mencari, sesat sana sini. Bila sampai je tempat tu aku tengok tak ada kedai makan pun yang buka!! Marah betul aku masa tu.

| Aduh, aku dah terkena ni! Ini mesti ada udang disebalik batu ni. Mesti kawan aku tu nak bawa aku ke ‘Business Meeting’ , direct selling, menipu je ni! Sakit hati aku masa tu, memang aku buat muka masam je sepanjang malam tu. Jaga hati kawan punye pasal aku ikut je, maka duduk lah aku mendengar ceramah business tah hape-hape tah tu. Bosan dan malas aku nak ambil tahu!

Description: http://skn2u.com/blog/wp-content/uploads/CERAMAH.jpg

Habis je ceramah, aku mintak kawan aku belanja aku chicken chop! Dia ajak aku berkali-kali join business tu, katanya untuk aku buat modal bukak Cyber Café. Aku tolak baik-baik..

| Sebab aku memang tak minat! Tak Suka! Tak Percaya semua business macam ni! Menipu semua ni, ada kawan aku yang buat, tak jadi kaya pun! Aku taknak buat business macam ni!!

Sebenarnya tak adalah aku tahu sangat pasal business macam ni, tapi sebab ramai kawan-kaan aku tak mengutuk business macam ni, jadi aku pun turut mengutuk. Selang seminggu, pakcik kawan aku tu dating berjumpa aku mahu memujuk aku join business mereka. Rimas betul aku dibuatnya! Dah kata TAKNAK pun tak paham bahasa, dah banyak kali sangat aku dapat Flyers pasal business macam ini, aku Tak Percaya dan aku Tak Nak!

Sedang dia membebel itu ini, aku tertarik nak baca majalah yang dia bawa tu. Jadi aku amik la majalah tu, dalam tu semua mereka yang dah Berjaya buat business tu.

| Aku perduli apa kau orang berjaya, aku tak kenal pun mereka-meraka ni, tah betul ke tidak majalah ni. Selak punya selak, aku terkejut dengan gambar seorang lelaki ni, macam pernah ku lihat.. tapi dimana ya?

| ISK… BIAR BETUL NI? INI KAWAN AKU NI SYAZWAN !

Sama-sama main bola keranjang di Bukit Jelutong, patutlah selalu tengok dia dating bawa kereta besar. Dalam buku tu menyatakan Syazwan ni join business ini semasa beliau masih Student di sebuah Universiti! Income nya mencecah RM15,000 sebulan! Dia beli Lancer Cash! BMW untuk ibu, renovate rumah dan baru-baru ini membeli Mazda RX8!! Dahsyatnya! Mamat ni tua dari aku setahun dua je, macam mana dia beli semua ni? Kenapa dia tak pernah ajak aku buat sama business ni?! Marah betul aku! (Padahal kalau Syazwan ajak waktu dulu mesti aku kutuk dia dan reject jugak)

| Isk tercabarnya aku!! Kalau si Syazwan ni boleh buat macam ni mesti aku pun boleh! Aku tak kira, dia dah dapat, aku mesti dapat jugak!! Aku pun nak ada income RM15,000 sebulan dan belikan BMW untuk mak aku!(walaupun Umi tak pandai memandu) HEHE  



BERMULA MARCH 2009

Tak fikir panjang, aku TERUS JOIN Business tu! Sebab aku dah puas fikir macam mana nak cari duit, macam mana nak bantu Umi dan keluarga, aku dah puas fikir macam mana nak UBAH HIDUP aku, SEKARANG MASA UNTUK BERTINDAK!! Tak jadi apa pun aku asyik fikir lama-lama. So bermulalah aku dalam dunia business ni, tapi modal pulak masalah, mana aku ada duit!

Sekali lagi aku menyusahkan mak aku, maka bermulalah sesi pujuk memujuk nak meminjam duit buat modal. (Aku berniat mahu ambil modal paling besar masa tu sebab tak tahan tengok member sendiri dah hidup senang). Pujuk punya pujuk dapat jugak lah pinjam duit dari umi, itu pun aku berjanji akan bayar balik dalam sebulan kalau tidak aku akan mula bekerja di 7Eleven.

Dapat je modal terus aku call pakcik kawan aku tu dan join business itu hari itu juga! Aku tak tahu pun apa perlu aku buat, tak tahu apa-apa, yang aku tahu 1 je..

| AKU NAK DAPAT APA YANG SYAZWAN DAPAT !!

Yang aku tahu, kalau aku buat mesti aku dapat!! Kalau aku goyang kaki, jangan harap nak berjaya!!

| Masa tu aku Cuma ada 2 pilihan :

1.     1. Kalau aku berhenti buat, mesti kawan-kawan aku gelakkan aku dan macam-macam la diorang akan mengata aku.

2.     2. Kalau aku buat sampai jadi, mesti aku dapat apa yang Syazwan dapat! Mesti aku boleh ubah hidup aku dan keluarga aku!

AH, AKU TAK KISAH, DIA BUAT BOLEH AKU MESTI LAGI BOLEH !!

Description: http://skn2u.com/blog/wp-content/uploads/MGU2.jpg

Pertama sekali aku tetapkan Matlamat aku, aku tulis dan simpan dalam wallet. Antara matlamat aku ialah aku takkan biarkan mak aku hidup susah! Aku mahu memberi kehidupan yg selesa dan senang pada keluarga aku! Aku Bosan hidup asyik tak ada duit! Asyik meminjam! Asyik tertekan! Ini bukan kehidupan yang aku impikan sewaktu kecik dahulu! Aku mahu lakukan 1 perubahan hidup!

Aku mula positifkan diri dalam apa jua perkara, aku tak pandang belakang, apa nak jadi, jadilah, aku tak kisah! Janji aku berjaya! Orang nak mengutuk ke, nak mengata ke, aku tak peduli!

| SEBAB BILA AKU SUSAH, MEREKA YANG MENGUTUK TAK ADA PUN TOLONG!!

  MAK AKU TAK ADA DUIT PUN BUKAN MEREKA YANG KASI PINJAM DUIT!!

  BILA AKU NAK MEMINJAM SUSAH BETUL NAK TOLONG, BILA AKU NAK BERUSAHA BANYAK PULAK YANG NAK DIPERSOALKAN!!

Aku masih ingat masa aku tak ada duit nak makan, nak suruh belanja Ais Kosong pun payah! Masa aku bawak duit syiling kutip dari rumah pergi kedai mamak, semua gelak sambil baling-baling duit syiling aku. Bila aku tak ada duit seorang pun tak nak tolong, peril suruh aku cari kerja, tapi bila aku cakap aku nak ubah hidup, nak buat business sampai jadi kaya, masing-masing mengutuk, menghina!

| Masa tu aku cakap dalam hati, suatu hari nanti akan aku buktikan pada kau orang semua! Tunggu lah!

Aku teruskan dengan business aku ni kerana ini sahaja peluang yang aku ada, walau pun tak faham tentang business ni dalam masa kurang 2 minggu pertama aku sudah berjaya mendapat RM3,000!! Terkejut jugak aku, cepatnya boleh dapat sebanyak ini.Aku mula seronok dengan business ini! Aku teruskan perjalanan dengan business ini dan belajar sedikit demi sedikit mengenai business ini.

Hari demi hari, semakin ramai kawan-kawan yang mengutuk dan menghina aku menjalankan business ini. Tak tahu aku kenapa, dulu masa aku tak buat apa-apa sibuk dia orang suruh aku cari kerja, jangan habiskan duit mak ayah je, aku ni tak bergunalah itu la ini la, sekarang ni bila aku nak buat sesuatu yang boleh ubah hidup aku dan bantu keluarga, bukan nak support, tapi lagi mengutuk dan menghina! Tapi tak apa, nanti aku akan buktikan! Aku ambil segala kutukan ini sebagai satu cabaran!



PERUBAHAN HIDUP

Sedikit demi sedikit aku rasa perubahan hidup aku, kalau dulu selalu tak berduit tapi sekarang setiap hari aku ada duit sebab business ini bayar keuntungan secara harian, mingguan dan bulanan! Memang BEST!! Dari RM500 seminggu, aku dapat pula RM1000 seminggu, lepas itu dapat RM500 sehari pula! Memang aku terkejut, tak pernah dapat duit sebanyak ini dalam hidup aku. Tapi senang orang kita tahu, susah kita tak nampak. Dalam aku menjalankan business ni aku korbankan masa melepak aku, masa tidur aku. Setiap hari aku belajar tentang business ini, aku mula membaca buku-buku tentang Financial. Memang best dan baru aku faham bagaimana Duit berfungsi.

Aku jalankan business ini tanpa mempunyai kenderaan, semua naik bas dan jalan kaki. Ada sekali tu aku terpaksa bawa 2 helai baju untuk berjumpa dengan client, sebab baju aku akan basah lencun berpeluh-peluh jalan kaki ke tempat appointment tu. Malu? Penat? Dah tentu! Tapi azam dan kesanggupan aku untuk berubah mengatasi perasaan Malu dan Penat tu. Semua alas an aku tolak tepi, kalau kawan aku boleh buat RM15,000 sebulan, beli kereta dengan business ni, aku pun mesti boleh!! Nak tak nak je..

| Kenapa lah di sekolah dulu tak ada yang ajar tentang ilmu financial ni? Aku banyak belajar tentang perkara yang aku tak suka pun, belajar hanya untuk jawab Exam, baca buku yang mana masuk periksa sahaja bukan nya belajar tentang perkara yang aku betul-betul minat. Baru aku sedar kebanyakkan sistem sekolah mahu kite menjadi seorang pekerja yang bekerja di bawah orang lain. Sistem ini mahu kita tahu banyak benda tapi tidak betul-betul mahir dalam sesuatu. Be the Jack of all trade but great at nothing. Patutlah ramai yang bekerja di luar bidang yang mereka pelajari, selepas habis belajar sudah mempunyai beban hutang Pinjaman PTPTN tapi kerja belum tentu dapat, sebat je mana-mana kerja janji ada duit, tak kira lah sikit atau banyak. Realiti seperti ini memang bukan yang aku impikan selama ini, aku ingat bila success sekolah, success Universiti, boleh dapat kerja elok yg betul-betul elok, bukannya cukup-cukup makan, aku impikan boleh hidup senang, ada kereta besar, rumah besar, mak hidup selesa, keluarga senang.

 

Tapi semakin aku mengetahui reality semakin jauh dan kecil impian aku. Lihat saja di sekeliling, berapa ramai yang belajar pandai, dapat kerja yang betul-betul hebat? Kereta besar? Rumah besar? Dari berimpian nak beli Merc, BMW, Volvo.. sekarang kalau dapat beli MyVI pun jadi lah. Dari nak beli rumah besar, gaji besar.. sekarang dapat menyewa pun bagus lah, dapat RM3000-4000 sebulan ok lah walaupun sememangnya tak cukup dan masih berhutang sana sini. Ini reality bukan cerita kosong. Impian dulu besar, sekarang jadi kecik. Kenapa?

Masuk bulan ke-3, keuntungan aku dah semakin banyak. Aku langsaikan terus hutang PTPTN aku. Bangga juga masa tu sebab ramai kawan yang sudah bekerja pun masih tak langsai hutang mereka. Aku mula rasa kebebasan untuk beli apa sahaja, nak itu aku beli, nak ini aku beli, nak makan situ boleh, makan sini pun boleh, sebab aku tak ada masalah kewangan! Dan yang best sekali aku bebas masa untuk diri sendiri, tak perlu pening nak bangun pagi-pagi pergi kerja menghadap Jem jalan raya, tak tak perlu stress dengan kerja. Hidup aku memang best, aku rileks, bebas nak buat apa, Cuma yang boringnya bila ajak kawan lepak semuanya kerja :D HAHA

Sekarang dah boleh kasi Umi duit belanja setiap bulan RM1000-2000, barang dapur pun dah boleh beli, Umi dah tak payah berniaga di busstop lagi tapi kadang-kadang Umi berniaga sebab bosan duduk rumah. Yang pasti Umi tak stress, tak penat, dan boleh rileks sekarang ni. Best betul rasanya! Baru rasa ada gunanya aku ni sebagai anak. 

| BERAPA LAMA SUDAH KITA BEKERJA? SUDAHKAH KITA MEMBAYAR BALIK HUTANG PADA IBU BAPA KITA? BERAPA BANYAK KITA BERI DUIT PADA MAK KITA?

Sekarang nak makan dekat mana pun tak ada masalah, lepak mana pun boleh. Dulu orang belanja aku, sekarang aku belanja orang. Dulu nak beli apa pun tengok harga, sekarang asal nak je boleh beli, duit bukan masalah. Nak buat duit banyak, boleh buat. Tiada gaji yang tetap. Bukan nak riak cuma aku sendiri bangga dengan perubahan hidup aku.

Duit syiling pun dah tak ada, tiada orang yang mahu gelakkan sekarang, semuanya dating, memuji, respect, salute dan macam-macam lagi.

| Masa kita dibawah orang akan menghina kita, tak ramai yang membantu. Bila dah berjaya sikit baru lah datang. Betul orang kata, bila susah habis kawan lari, bila senang berduyun yang datang.



PILIHAN HIDUP AKU

Selepas hamper 10 bulan dengan business ini, tanpa aku sedar pendapatan aku sudah mencapai RM10,000 sebulan. Angka ini terus naik dan terus naik. Aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk melihat peluang ini dan syukur sangat kawan aku ‘TIPU’ aku pergi dengar meeting business ini. Dengan satu keputusan yang mudah, aku buat pilihan yang tak pernah aku sangka.

Sebab kalau nak cerita pasal tak suka, aku memang tak suka business macam ini, aku tak minat! Tak pernah aku nak ambil tahu langsung dan memang aku orang yang negative dan selalu bagi alas an untuk join business macam ini.

Tapi bila aku fikir balik, aku juga tak suka bekerja di 7Eleven, aku pun tak suka kerja di McDonald dan boleh dikatakan aku sememangnya tak suka bekerja, yang aku suka sebenarnya ialah duit sahaja. Jadi dari fikir dari aku buat sesuatu yang aku tak suka dengan pendapatan yang aku tak suka, lebih baik aku buat sesuatu yang aku tak suka dengan pendapatan yang aku paling suka! Bukan aku seorang berfikir macam ni.

| Boleh anda Tanya diri sendiri dengan ikhlas, Anda suka ke kerja anda sekarang ni? Hampir 90% orang yang bekerja tidak suka dengan kerja mereka tetapi mereka hanya suka untuk mendapatkan duit gaji sahaja dan sebahagian besar mereka yang mendapat gaji merasakan duit mereka tidak cukup. Anda bagaimana? 

Aku pilih untuk bersara lebih awal, ada asset sendiri dan hidup lebih selesa. Aku tak mahu hidup bekerja setiap hari, tak cukup dengan itu ambil overtime, dimana masa anda untuk hidup anda sendiri? Sepanjang hidup ini hanya untuk bekerja? Berpuluh tahun bekerja hanya untuk dapat pencen?

Berapa banyak pencen yang akan diperolehi? Yakinkah kita simpanan kita akan betul-betul cukup setelah bekerja dari muda sampailah tua? Betul ke kita tidak akan berhutang lagi dimasa itu? Betul ke pada masa itu duit betul-betul dah cukup dan boleh anda nikmati hidup kita? Kebanyakkannya tidak!

Aku pilih untuk tidak bekerja seumur hidup aku, aku tak mahu memperjudikan masa depan/hari tua. Aku tak percaya system sebegini masih relevan dengan ekonomi yang sentiasa berubah ni. Apa jadi sekiranya dah pencen nanti duit simpanan pun tak ada? Kalau ada pun kos hidup makin meningkat, nak sara anak-anak lagi, cukup ke? Dah tua baru nak merasa rileks dan enjoy dengan kehidupan? Aku tak Nampak emua itu berlaku, hamper setiap orang yang sudah pencen terpaksa mencari pekerjaan part time atau pun berniaga. Masa tu dah tak larat, masih mampu nak berniaga? Macam mak aku, memang ada pencen tapi tak cukup! Mak aku terpaksa pulak berniaga kuih di busstop dan bekerja parttime di Tesco. Aku tak mahu jadi seperti itu, aku percaya jika aku lakukan perkara yang sama, aku akan berakhir dengan result yang sama. Selagi perubahan tidak dilakukan, hidup aku mesti sama seperti orang-orang lain. Dan aku tak mahu jadi average guy, aku nak menjadi someone!

Hari ini cuba kita lihat, ASB – Amanah Saham Bumiputra. Berapa ramai orang yang bekerja makan gaji betul-betul ada simpanan sebanyak RM200,000 dalam ASB? Simpan Rm2,000-3,000 bertahun-tahun akhirnya keluarkan beli computer untuk anak. PROPERTY – Hartanah. Berapa ramai orang yang makan gaji hari ini berjinak dengan pelaburan passive ini? Amat sedikit. Kenapa? Ini sumber-sumber untuk kita mendapatkan income yang passive tetapi kenapa kita tak buat?

Pertama sebab TAKUT! Kita sering memikirkan semua itu bidang orang kaya.

Kedua sebab kita sendiri tidak mempunyai modal yang cukup.

Sebab apa kita tak kejar peluang-peluang ini? Kerana ramai yang rasa mahu jadi biasa-biasa. Biasa-biasa tak cukup bagi aku. Ramai mengeluh kerja tapi pergi juga kerja, hari ni kena maki, esok pergi juga. Sebab tak berani, sebab mahu jadi biasa-biasa, sebab minda kita sudah diblock untuk menjadi kaya, kita suka ikut orang, orang lain makan gaji, kita makan gaji la.

| IMPIAN DULU-DULU BUKAN MAIN BESAR LAGI, TAPI KITA KECILKAN IMPIAN KITA BILA KITA DEWASA. SEBAB ITU TAK RAMAI YANG KAYA. RAMAI NAK KAYA TAPI TAK SANGGUP.

Jadi aku pilih untuk keluar dari kelompok ini, aku mahu mengejar impian aku, bukan hanya pandai bermimpi tapi akhirnya jadi angan-angan.



BIAR AKU JADI TURNING POINT

Aku terus melangkah untuk merialisasikan impian hidup aku. Aku pernah bermimpi dan memasang azam untuk mendapat income yang sama seperti kawan aku, Syazwan. RM15,000 sebulan. Tanpa aku sedari rupa-rupanya aku dah dapat!

INCOME PADA BULAN MAC 2010 – SECARA HARIAN

INCOME PADA BULAN MAC 2010 – SECARA HARIAN

Sikit ke banyak RM15,000 sebulan? Bagi aku sangat banyak. Berapa lama kalau kita bekerja di sebuah syarikat untuk kita mendapat income RM15,000 sebulan? Setahun? 2 Tahun? 10 Tahun? Atau tak akan dapat?

Mungkin jika kita jadi pengarah atau pangkat tinggi sikit baru boleh dapat income seperti ini, tapi boleh ke kita mula kerja hari ini di sebuah syarikat dan bekerja bertahun-tahun lamanya, dan nanti syarikat akan lantik kita jadi pengarah? Boleh ke? Disini kita Tanya diri kita, kenapa kita bekerja bertungkus lumus, setiap hari ,bertahun-tahun pada sebuah syarikat yang kita tahu syarikat itu bukan milik kita dan tak boleh pun kita wariskan pada anak kita? Cuba kita Tanya diri sendiri?

| TANYA DIRI ANDA SEINDIRI, ARE YOU LIVING YOUR DREAM TODAY?

Aku pernah pasang niat nak beli BMW, bila beritahu kawan-kawan semua gelakkan. Iyelah, aku ni Diploma pun tak ada, ada hati nak beli kereta besar. Kawan aku yang dah bekerja Engineer pun kereta Civic. Tapi aku percaya pada diri aku dan aku dapat rasakan impian itu bukan lah sesuatu yang tak logik! Antara nak atau tak sahaja, kalau aku betul-betul nak tiada yang mustahil!

Genap 18 BULAN dalam business ni, sedar tak sedar aku beli kereta pertama aku. BMW 525i M-Sport . Ramai kawan yang gelakkan terdiam, terkejut. Aku pun terkejut, sebab lessen kereta pun aku tak ada, sebab memang aku tak pernah terfikir betul-betul nak beli kereta. HIHI

| THIS IS THE POWER OF DREAM !!


MY 1ST CAR – BMW 525i M-SPORT

Tiada yang mustahil jika kita betul-betul mahukannya. Siapa sangka aku yang tak habis belajar ni, 2 kali di tendang UiTM boleh memiliki kereta Idaman semua orang dan berpendapatan 5 Angka sebulan. Rasa-rasalah, jika aku makan gaji mampukah aku membeli kereta ini? Tercapaikah impian aku atau terkubur menjadi angan-angan? Orang bagi alasan, tapi aku teruskan buat. Orang malas, aku rajinkan diri. Berbaloi? Sangat Berbaloi!

| YOU SAY THE SAME, YOU STAY THE SAME.. YOU DO THE SAME, YOU GET THE SAME

Jika anda mahu berubah, lakukanlah perubahan itu. Bukan hanya bercakap sahaja dan memberi alasan. Percayalah, anda boleh beri seribu alasan untuk gagal, tapi anda hanya perlu 1 sebab untuk berjaya.

| CUBA KITA TANYA DIRI KITA HARI INI, DIMANA KITA 5 TAHUN AKAN DATANG? AMAT MALANG JIKA KEHIDUPAN KITA SAMA SEPERTI HARI INI…

Business ini menjadi Turning Point dalam hidup aku.. dan aku berjaya menjadi turning point untuk keluarga aku dan kawan-kawan aku.

| Abang aku OYIE yang pada awalnya marah dan tak membenarkan aku menyertai business ini (kerana dia sudah pun join pada tahun 2006) kerana dia mengatakan business ini penipu dan dia tidak mendapat apa-apa, akhirnya join sekali lagi dengan aku. Pada bulan pertama selepas join semula, OYIE mendapat income RM3,000+. Barulah dia berterus terang mengatakan dulunya dia hanya join tapi tak buat, dan akhirnya menyalahkan orang lain. Sekarang Oyie adalah leader business yang hebat bersama rakannya FARAH dan OYIE sudah memiliki Business Cateringnya sendiri !! OYIE banyak bantu aku dalam business ini, aku takkan lupa jasa abang aku ni. YOU AND ME AGAINTS THE WORLD !

| Seorang Engineer, kawan aku bernama ADAM juga membuat pilihan untuk turut serta dalam business ini. Sememangnya gaji nya sudah besar, tapi hari-hari tido di office, kerja banyak, balik rumah pun pening kepala lagi, jadi dia decide berhenti kerja dan jalankan business ini bersama dengan aku secara Full Time! Any Time!

| Kemudian datang pula REZA, seorang student yang berjiwa kental. Walaupun dari golongan orang berada, dia masih mahu join business ini kerana dia tak mahu lagi bergantung pada kekayaan keluarganya. Selama setahun REZA memerhatikan aku, akhirnya beliau beranikan diri berjumpa dan terus membuat pilihan utk join dan sama-sama berjaya.

| HARRITH, seorang kawan masa belajar dulu turut serta dalam business ini. Walaupun seorang Lawyer, dia mengakui tiada masa untuk diri sendiri, hidup sehariannya hanya bekerja, bekerja, saman orang tapi dia tak kaya-kaya. HAHA

| SERENA dari Brunei yang terjumpa aku di facebook buat keputusan untuk join walaupun kami tidak pernah berjumpa diwaktu itu. Seorang cikgu, beliau sememangnya seorang leader yang aku kagumi apabila berjaya membuat puluhan ribu dalam masa yang singkat! Katanya kisah aku memberinya semangat untuk turut serta dan mengubah hidupnya juga.

Ramai lagi yang hebat-hebat, yang berani, yang mahukan perubahan dalam hidup mereka turut serta didalam business ini. Mereka tekad, bersemangat, dan sanggup berusaha untuk mencapai matlamat masing-masing! Asalkan kita lakukan dengan baik, semua orang boleh berjaya dengan business ini.

| BERGAUL DENGAN MEREKA YANG POSITIF ANDA AKAN JADI POSITIF, DAN BELAJARLAH DENGAN MEREKA YANG BERJAYA UNTUK ANDA BERJAYA 



KEHIDUPAN BEBAS BERSAMA BUSINESS

Terlalu banyak yang aku belajar dengan business ini, baik dari segi Fizikal dan Ritual.

Duit sememang bukan lagi menjadi masalah, duit sudah menjadi tidak penting bagi aku tetapi yang lebih hebat ialah bila aku berjaya bantu orang lain yang seperti aku berjaya perolehi apa yang aku perolehi!

Masa aku bebas, sekarang aku jalankan business ini didalam facebook, internet dan juga di mana-mana ikut suka aku :D   Dalam seminggu aku kerja dalam 4-5 jam sahaja, kadang-kadang waktu pagi aku pergi ke Komuter untuk memberi flyers atau berborak dengan sesiapa sahaja. Dalam 1jam lepas itu aku balik, melepak di kopitiam, jalan-jalan atau tengok wayang. Sementara di facebook pula memang senang sangat, hari ini hamper semua orang menggunakan facebook tak kira masa dan tempat, jadi memang best jalankan business melalui facebook. Senang dan Mudah!

Di awal 2011 aku buka perniagaan Carwash di Flora Damansara, saja aku mencuba sekadar hobi. Sememangnya best bila ada Carwash sendiri cuma aku lebih selesa dan bebas dengan business sekarang ni. Jadi Carwash tu aku buat untuk suka-suka sahaja, adik aku yang menjaganya.

Hari ini aku lebih suka untuk berkongsi pengalaman, tips, pengajaran pada semua yang berminat untuk lakukan perubahan pada hidup mereka. Tak kisah la apapun, ada yang mahu Langsai Hutang, ada yang mahu tambah simpanan, ada yang mahu duit lebih, ada juga yang mahukan kebebasan masa. Jika anda serius, aku lebih serius untuk mengajar dan membantu.

| SESIAPA YANG RASANYA MAHU MELAKUKAN SATU PERUBAHAN DALAM HIDUP, MAHU BANTU KELUARGA, MAHU TAMBAH SIMPANAN, MAHU BEBAS DARI BEBAN HUTANG ATAU APA SAJA.

| BERANIKAN DIRI UNTUK MENGHUBUNGI SAYA, TIADA PAKSAAN KERANA SAYA SEDAR DAN TAHU TIADA SIAPA BOLEH PAKSA KITA UNTUK BERUBAH KECUALI KITA SENDIRI MEMILIHNYA.

| POSITIFKAN MINDA, BERITAHU APA YANG ANDA INGIN SAYA BANTU DAN BUANG JAUH-JAUH SEGALA ALASAN YANG MENGHALANG ANDA UNTUK BERUBAH

 

 

INCOME DALAM 3 HARI